Monday, 31 December 2012

Selamat Tiba Wahai 2013

Akhirnya sudah tamat tahun 2012, dan Selamat datang 2013..
Azam baru, aku masih belum capai azam tahun lepas,
mungkin aku perlu kuat kan semangat untuk tahun ni,
Tapi entah mengapa, sejak beberapa hari ni, hati rasa gementar,
selalu tahun baru tak macam ni,
apakah yang bakal menjelma, aku harap yang baik_baik saja,
sejak kebelakangan ni tak berapa sihat,
selalu kalau aku sakit teruk mesti, 
hidup aku akan berubah, Allahualam
tapi aku tak tahu apa yang bakal berubah,
tapi aku harapkan perkara_perkara yang baik,
arghh sekarang umur aku dah 22 tahun, tapi aku masih dalam kebingungan,
dalam merancang untuk perjalanan hidup aku,
tapi aku hanya manusia yang merancang tapi yang menentukan adalah Allah.


"Ya Allah, aku harap pada tahun ini aku akan dapat capai impian aku,
dan panjangkanlah umur keluarga ku agar aku dapat membalas segala perngorbanan mereka suatu hari nanti, 
sesungguhnya aku hanya manusia lemah, yang tidak lari dari membuat dosa,
engkau ampunkanlah dosa_dosa aku yang lalu"..




Friday, 21 December 2012

Attention~










Dia perli_perli saya~~ hahahahaha
Tapi saya tahu jauh disudut hati dia,
dia sebenarnya teramat sangat merindu kan saya~~
sebab tu dia bersusah payah membuat status memerli saya~~
tak payah tipu diri sendiri, wahai kawan~~

psst** untuk orang yang terasa* dia lah kot* geh3 (gelak devil)

Resepi Kimchi~~ (olahan by me)

Gambar Search Google
Gambar search Google
Nie Set ~SoonDubu Jiga~ 
yang Farah makan..
(Harga RM16.90)


Peminat K-pop (Korea), pasti orang akan ingat Kimchi.. Dulu waktu belajar amik kos kulinari, ada jugak belajar_belajar asas makanan Korea sikit_sikit..Tapi waktu belajar cara buat Kimchi chef tunjuk yang simple (kurang menyengat) bila pergi Mid Valley ada satu kedai Korean Food (Halal Restoran) nama kedai Dubu Dubu.. Dapatlah rasa Yang Original punya, bila first time rasa hehehe bagi Farah lah rasa mcm sos cili nasi ayam.. Jadi cuba lah buat Alhamdulilah jadi lah sangat kan.. 
so Farah nak kongsi resepi Kimchi Olahan Farah bagi sape_sape nak trylah~~ 

Resepi Kimchi~~

Bahan_bahan untuk Sos Perap~~
1. Halia Muda  - dalam setengah inci
2. Bawang Putih   - 4 ulas
3.Bawang Merah  - 1 ulas ~ sederhana
4.Cuka   - 1 atau 2 sudu teh
5.Minyak Bijan   - 2 sudu teh
6.Serbuk Cili  - 1 sudu (atau ikut rasa nak pedas bubuh byk_byk)
7.Sos Ikan   - ikut suka (sos ikan masin so agak_agak, kalau tak nak bubuh garam boleh bubuh ikut suka)
8.Garam secukup rasa 
9.Gula  - Ikut suka

Bahan_bahan Sayur
1.Kobis Panjang 
2.Daun Kucai
3.Daun Bawang

psst *Sayur Ikut suka*

Cara_cara~~
Semua bahan sos tadi tu di kisar sampai halus..
kemudian perap bersama sayur_sayur dekat peti sejuk..

Lagi satu Farah tak perap berbulan_bulan~~ Farah perap untuk 1 ke 2 hari, jadi Farah rebus sayur_sayur untuk layu kan sikit sayur if korang suka fresh, tak payah rebus pun takpe.. ~~Ikut selera anda~~ 

senang je**

~~orait nie pulak gambar Original Kimchi Farah~~
Kimchi Buatan Farah
Home made by me

Wednesday, 19 December 2012

~Dulu dan Sekarang~

Dulu kita rapat, kita ketawa bersama, solat bersama, makan bersama, kadang_kadang nak ke kelas pun jalan bersama, masak bersama, hangout bersama, tengok movie bersama, bayar yuran pun bersama, ambil keputusan bersama, shopping_shopping bersama, bersahur bersama,  order makanan tengah malam bersama, beli makanan bersama, pergi kedai mesra bersama, beli jagung bersama, bercuti bersama, beli cool blog bersama, tapi sekarang kita semua macam dah tak kenal!! hanya disebabkan SALAH FAHAM & EGO terletak paling tinggi.. 
Sekarang kita bagaikan orang asing, yang tidak pernah kenali!! tapi saya masih rindu kenangan dua tahun lepas~~ I really miss you all...

Friday, 14 December 2012

Psst**

Jadilah orang yang tahu berbaik dengan orang lain walaupun dia pernah memberi kesakitan kepada kita,
Jadilah orang yang tidak membuka aib orang yang pernah jatuhkan kita walaupun kita jatuh tidak mampu bangun,
Jadilah orang yang sentiasa memberi ubat kepada orang, walaupun orang itu pernah memberi kesakitan kepada kita,
Bersangka baik adalah lebih baik dari bersangka buruk..
Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kamu* 
bukan kamu!!

Sunday, 25 November 2012

Jodoh

Janganlah kamu targetkan bila kamu akan berkahwin..
Andai ditakdirkan ya datang kepadamu esok, lusa bila Allah sudah menentukan untuk kamu ia datang.
Andai kamu merancang, sesungguh pun yang menentukan hanyalah Allah SWT. kita hanya mampu berdoa agar dikurniakan jodoh dikalangan yang baik soleh atau solehah.. ameen
"Sesungguh jika dia bukan untuk mu usahlah kamu risau kerna Allah telah menyediakan yang lebih baik buat kamu" 
SubahanAllah..
          SubahanAllah..

Saturday, 24 November 2012

Keangkuhanku

Terasa kosong dalam hidup ku ini, 
tanpa mu ya Allah,
SubahanAllah, 
aku meninggalkan mu 
saat aku terleka dengan keseronokan 
didunia sementara ciptaan mu ya Allah,
aku seperti dibuai dengan permainan dunia ini,
aku seperti dilenakan oleh keasyikan dunia ini,
SubahanAllah, 
aku terlupa akan mu ya Allah,
aku terlupa akan pencipta ku adalah mu ya Allah,
sesungguhnya aku masih diberikan peluang darimu untuk kembali padamu 
ya Allah.. subahanAllah.. 
maafkan aku, sesungguhnya aku manusia yang paling keji,
lemah dan angkuh.. 
subahanAllah.. 
subahanAllah..
subahanAllah..